Bagi mereka, isnin adalah hari yang memenatkan kerana kelas dari kol 10-4, 5-7. Sangat kasihan, namun aku hanya mampu melihat. Tidak bagi aku, yang ade gap 12-2, membolehkan aku tido, tido dan tido kerana kelas jam 2 memerlukan kami fokus 1000%. Unit operation, sangat penat.
Namun kelas jam 5-7 kelas yang boleh dikategorikan sebagai membosankan. Prinsip Ekonomi. Ye la, aku xsuke membaca, sebab 2 aku kate boring.
Hari tu, 25hb 2, seperti biase kelas ekonomi bermula seperti biasa. Biasa, walaupun cuba fokus namun kadang2 tersasar. Berborak2, bergurau2 dan kembali fokus. Bertanya rakan sebelah dengan tangan diangkat seakan2 membayangkan graf yang ditunjukkan oleh slide, dan kembali fokus.
Namun, ku lihat awin dan tipah rancak melukis membuatkan aku tersenyum sendirian. Hilangkan boring barangkali. Bersembang? ada la sekali sekala, namun tidak sekerap kami.
Jam 6.15, kelas habis awal. Sangat teruja + seronok, dan aku cuba menyelerakkan barang aku atas meja, mengatakan kepada pemantau yang aku fokus dalam kelas 2. Hahahahhaa, tapi tak ada sape pon yang memerhati.
” Yang dibelakang tu, dua orang saya nak jumpa selepas ini. ”
Aku terdiam. Berpaling ke arah tachi dan mujahid, kerana jelas aku nampak jari pensyarah ditunjukkan kepada mereka berdua. Dan aku lihat, tachi seperti ketakutan. Jarinya menunjukkan dirinya dan aiis, namun dinafikan pensyarah itu.
” Bukan kamu berdua, yang depan tu. ”
Lagi aku tersentap, lantas mengalihkan pandangan ke arah awin dan tipah. Mereka juga terdiam. Kami ber6 terdiam. Kelas beransur2 berkurangan isinya. Aku , moja dan aiis turun ke parking motor menunggu disitu.
Tidak sampai 5 minit, awin dan tipah turun sambil cuba eksen tade pape.
Sampai di cafe, aku lihat wajah tipah masam. Awin pulak, xpuas hati lalu membuatkan naluri ingin tahu aku memuncak.
” Weh, asal? Ape dr cakap tadi? ”
” Doktor cakap kitorang bising. Dia cakap dia dah perhatikan kitorang dari week 2 lagi. Means dah 3 weekS die perasan kitorang bising. Dia cakap, kalo kitorang xubah sikap, dia akan gugurkan kitorang dari subjek ni. ”
Diam.
“Abes 2? Xkan doktor nak kite senyap, tengok depan je? Gile bosan cam2″ Balas aku.
” Dr cakap, dia xkesah kita tidur, tapi jangan borak2. Tengok kiri kanan, senyum2. Xnak. ”
Kembali senyap. Terdiam. Macam2 bermain dalam kepala otak aku.
” Camnie la, kelas akan datang korang berdua duduk depan sekali. Pastu korang tido. Tengok die nak cakap ape plak. ”
Cadangan aiis agak berbaloi jugak. Amat sesuai di praktiskan. Namun mereka berdua menolak. Perempuan, tidaklah sekejam itu.

